PENGENALAN Wayang jenis ini terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bilangannya amat terhad.
ISI CERITA Cerita Wayang Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita Panji.
PATUNG-PATUNG Dari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan wayang purwo iaitu boleh digerakkan kedua-dua belah tangan patung. Patung wayang ini senang untuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. Patung berwatak baik biasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil serta elok. Patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas.
BAHASA Cerita ini disampaikan dalam bahasa Jawa di samping diselitkan dialek Melayu tempatan.